White Water Rafting ni adalah satu sukan Ekstrem yang sangat mencabar. Aktiviti air white water rafting bukanlah sesuatu yang mudah kerana terpaksa berhadapan dengan arus deras dan batu-batu sungai yang licin dan besar. Aktiviti lasak ini tidak boleh dilakukan secara berseorangan, mesti ada ahli kumpulan yang lain. Bila kita dah bekerja dengan ahli yang ramai, maka ia dapat memupuk semangat berpasukan yang tinggi macam aktiviti white water rafting ini. Jangan risau setiap peserta akan diberi taklimat dahulu sebelum aktiviti ini bermula.
First time in my life ni lah aktiviti yang paling Ekstrem pernah aku lalui. Masa tu aku pergi tahun lepas (tahun ni baru nak update). Seramai 15 orang yang menyertai aktiviti ini. Yang menguruskannye adalah Encik Fariz Ubaidullah iaitu Pegawai di opis aku. Kitorang ambil under Riverbug. Asia Rafting Specialist. Lokasi kitorang kat Sungai Kampar, Perak. Pada 21 Disember 2013i kitorang bergerak dengan menaiki bas ke Kampar. Sampai sana dalam pukul 9.30 pagi. Sesampainya kitorang disana lori pickup kecik dah pun menunggu. Haha aku dapat mengagak lori tu akan dinaiki kami semua.haha..memang tak syak lagi. lori putih baru dicat dan catnya xkering lagi. Gambarnye xde dalam simpanan aku. huhu.. Kitorang diberi taklimat sesudah sampai disana. ambik peralatan yang sepatutnya.jaket keselamatan, helmet dan padel. pastikan korang pakai seluar dan kasut yang bersesuaian ye. Setelah diberi penerangan tentang itu boleh ini tak boleh kitorang diberikan kumpulan masing2. satu kumpulan 5 orang dan seorang rafter. Rafter kitorang namanya Jayz. Memang best dia.Tapi keseluruhan rafter kat Riverbug ni memang Sporting giler.. Sebelum aktiviti bermula kitorang dilatih buat body rafting dulu. Pastu baru lah aktiviti yang ditunggu2 bermula. Walaupun hati jantung limpa berdebar-debar sebab ketakutan tapi rasa ingin mencuba tu membuak-buak. hati-hati ye dengan jari-jari korang. Jari aku dah terkopek sebab takut nak lepas tali abis tersagat jari aku kat batu besar. sakit weiiih.. lekat lah parut di jari kanan aku.huhu sedeyyy.. Jom tengok gambar-gambar kitorang..
Tadaaaaaa...
kasut Rafting |
Helmet |
Jaket |
Padel |
JPA Group bergambar sebelum aktiviti |
Diberi penerangan oleh Senz |
Body Rafting -Water Confident |
Bot diangkat sebelum diletakkan dalam sungai |
Muka senyum dalam takut |
Mencabar gile |
Tebalik nasib tak terkeluar dari boat |
steady meredah curam kecil |
Berendam sebentar sebelum meneruskan perjalanan lagi 4km dari 7Km |
muka control sebab kamera kat depan dok focus |
Berakhir sudah |
No comments:
Post a Comment