Pages

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Sunday, January 15, 2012

kata-kata membawa pengertian yang mendalam...

Jangan takut nak bersedekah... kekadang rezeki orang lain pun ada dalam rezeki kita... so, jangan sekat rezeki mereka kerana rezeki tu Allah yang bagi.... Allah yang memberi rezeki pada bila² masa dan Allah jugak yang berhak mengambilnya pada bila² masa...

10 laluan bakal di lalui oleh manusia dari dunia ke akhirat.

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya."

Saje Try2 MasaK (Bergedil Ayam)

Disebabkan hari tu aku makan bihun sup ada bergedil tetiba teraSa PLak Nak mAkan Bergedil.. Nak try buat sendiri..pastu aku pon search la kat internet mencari menu cara-cara untuk membuat bergedil.. taddaaaa dah jumpa pun resepinye..


Resepinye : Bergedil Ayam

Kentang (direbus / digoreng hingga empuk, kemudian dilecek)
Isi ayam dihiris nipis
Bawang besar ditumbuk halus
Daun sup dipotong halus
Lada sulah (Tak Masukkan pun..Lupe beli)
Sedikit garam
Telur untuk celup
Minyak untuk menggoreng


1) Gaul semua bahan di atas tu kecuali telur, kemudian kepal bagi bulat macam bola tu. Pastikan kejab betul supaya kentang tidak pecah semasa menggoreng.
2) Masukkan sedikit garam ke dalam telur yang telah dipukul dan celup bebola tadi.
3) Goreng sehingga sedikit garing supaya isi ayam masak..
4) Siap untuk dimakan..


Tadaaa...



(yang ni Saje je lebihkan telur.. sayang plak nk buang telurnye)

Sunday, January 8, 2012

year 2012

Assalamualaikum.... ni semua picture aku yang terbaru aku update tahun 2012..hehe..cam biasa le..xreghi nak posing..statik aje..hehhe...




Dekat Pudu smentara tunggu bas tiba