Pages

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Tuesday, February 25, 2014

Perkahwinan adik aku

Pada 22 September 2012 Majlis Perkahwinan adik aku dilangsungkan di Dewan Masjid Kristal Kuala Terengganu. Tak de idea nak celoteh panjang2 layan gambar je lah..  Aku bila lagi..huhu tunggguuuuu............................♥♥

Sultan Mizan Menepung tawar
Makan beradab bersama Sulltan Mizan

 
Sultanah Nur Zahirah menepung tawar
Mak dan Abah
Adik aku satu2nya
Sepupu dan ayah angkat adik aku (kiri)
kakak dan abg ipar

aku dan kakak sepupu


sepupu dan anak2 buah bersama Jamal Abdillah




Abah dan mak bersama besannye

Pengantin bersama wa dan tok


Abah dengan barisan kenamaan
 

White Water Rafting

Apa yang korang faham tentang White Water Rafting? meh sini aku terangkan.
White Water Rafting ni adalah satu sukan Ekstrem yang sangat mencabar. Aktiviti air white water rafting bukanlah sesuatu yang mudah kerana terpaksa berhadapan dengan arus deras dan batu-batu sungai yang licin dan besar. Aktiviti lasak ini  tidak boleh dilakukan secara berseorangan, mesti ada ahli kumpulan yang lain. Bila kita dah bekerja dengan ahli yang ramai, maka ia dapat memupuk semangat berpasukan yang tinggi macam aktiviti white water rafting ini. Jangan risau setiap peserta akan diberi taklimat dahulu sebelum aktiviti ini bermula.

First time in my life ni lah aktiviti yang paling Ekstrem pernah aku lalui. Masa tu aku pergi tahun lepas (tahun ni baru nak update). Seramai 15 orang yang menyertai aktiviti ini. Yang menguruskannye adalah Encik Fariz Ubaidullah iaitu Pegawai di opis aku. Kitorang ambil under Riverbug. Asia Rafting Specialist. Lokasi kitorang kat Sungai Kampar, Perak. Pada  21 Disember 2013i kitorang bergerak dengan menaiki bas ke Kampar. Sampai sana dalam pukul 9.30 pagi. Sesampainya kitorang disana lori pickup kecik dah pun menunggu. Haha aku dapat mengagak lori tu akan dinaiki kami semua.haha..memang tak syak lagi. lori putih baru dicat dan catnya xkering lagi. Gambarnye xde dalam simpanan aku. huhu.. Kitorang diberi taklimat sesudah sampai disana. ambik peralatan yang sepatutnya.jaket keselamatan, helmet dan padel. pastikan korang pakai seluar dan kasut yang bersesuaian ye. Setelah diberi penerangan tentang itu boleh ini tak boleh kitorang diberikan kumpulan masing2. satu kumpulan 5 orang dan seorang rafter. Rafter kitorang namanya Jayz. Memang best dia.Tapi keseluruhan rafter kat Riverbug ni memang Sporting giler.. Sebelum aktiviti bermula kitorang dilatih buat body rafting dulu. Pastu baru lah aktiviti yang ditunggu2 bermula. Walaupun hati jantung limpa berdebar-debar sebab ketakutan tapi rasa ingin mencuba tu membuak-buak. hati-hati ye dengan jari-jari korang. Jari aku dah terkopek sebab takut nak lepas tali abis tersagat jari aku kat batu besar. sakit weiiih.. lekat lah parut di jari kanan aku.huhu sedeyyy.. Jom tengok gambar-gambar kitorang..
                                                   Tadaaaaaa...
                                                   
kasut Rafting


Helmet

Jaket

Padel
 
JPA Group bergambar sebelum aktiviti

Diberi penerangan oleh Senz


Body Rafting -Water Confident


Bot diangkat sebelum diletakkan dalam sungai
 
Muka senyum dalam takut


Mencabar gile

Tebalik nasib tak terkeluar dari boat

steady meredah curam kecil

Berendam sebentar sebelum meneruskan perjalanan lagi 4km dari 7Km
muka control sebab kamera kat depan dok focus

Berakhir sudah

Monday, February 24, 2014

Holiday To Medan 2014

Hai2 hari ni aku nak update pasal percutian aku dan kekawan aku ke Medan baru2 ni. Tahun ni aku p hanya berempat (haha).. Seperti biasa juga aku beli tiket flight bulan 6 tahun lepas. Tanggal 7 Februari 2014 tibalah masanya aku dan kekawan aku terbang ke Medan, Indonesia. Ha bezanya tahun ni aku naik Malaysia Airlines.. Haaa baru kelas kannnn..tapi kejap sangat la sejam je merasa dok dalam kapal terobang tu..dapat la makan kacang masin MAS tapi tak pe juga kalau lama2 pon atas tu kebas gak haha.. Next holiday nanti nak pi jauh sikit lah..xpe tu punye cite lambat lagi.
      
       Mesti nak tau kan berapa kos aku p sana kan? ok Flight pergi balik masa tu offer just RM218 je. Pastu kitorang amik pakej dengan travel agent Fantasy Holiday. Dorang cas kitorang selama 5 hari 4 Malam RM635 per person. Ok x? oklah kan..  
 
Sesampainya kami di Airport Kuala Namu kami disambut oleh supir ganteng namanya Pak Rudi. haha muda lagi u'ollls.. baru 30 tahun. selepas itu kami dibawa ke kedai makan dulu. kat sana tak panggil kedai kat sana panggil Rumah Makan. masa tu kitorang sampai dalam pukul 9 lebih sebab flight delay sepatutnya kitorang flight pukul 6.15 pagi tapi atas sebab2 teknikal flight kami pukul 8.35 pagi sampai sana 8.35 pagi disana. Kalau korang nak tahu masa kite dgn masa kat Indonesia lambat 1 jam. so kalau masa dorang 8.35 pagi masa kita di Malaysia 9.35 pagi. Jangan terkejut pulak ye dan jangan tersalah pulak ye masa on the way kitorang ke Rumah Makan tu ditepi2 korang akan jumpa lah tertera Rumah Makan BPK. banyak sangat kat area2 medan ni. kalau korang nk tau BPK tu Adalah B*b* Panggang Kicap haahah jangan tersalah kedai makan lak. kat sana kebanyakannya bukan Islam. So Be careful ok.
 
Hari first kitorang tidur kat Hotel Danau Toba International Cottage Parapat and Siantar dekat dengan Tasik Danau Toba. Hari Kedua kitorang tidur kat Hotel Green Garden dekat Berastagi. Hari ke tiga dan keempat kitorang dok kat Hotel Grand Antares dekat Pekan Medan. Hotel yang kitorang tinggal ni semua nya 3 star hokeyyy.. Semua hotel yang kitorang dok ni semua terbaeeekkk.
 
aku simplekan ye. Iternary kitorang  :-
Day 1  - Paten - Tempat jual kacang tumbuk (sourvenir) (OTW ke Hotel Danau Toba mengambil  masa 4 jam)
Day 2  - Pulau Samosir menziarah kampung tradisional iaitu Kampung Tomok (Perkampungan Batak) kat sini ada jualan2 juga. kalau nak beli beli lah takut tempat lain xdapat cari apa yang korang berkenan kat situ. Tapi kena cepat2 beli sebab masa limit.
- Minum teh halia kat Simarjarunjung Hill
- Lepas tu ke Waterfall Sipiso-piso
- gerak ke Hotel Green Garden di Berastagi
Day 3 -  Dalam perjalanan ke medan ada juga tempat makan durian. tapi kitorang x behenti sebab takut demam. nanti rugi tak dapat jalan2 dengan selesa..haha
- melawat Istana Maimon
- shoping dekat Kedai Batik, Medan Mall, Pajak Ikan, Fashion Outlet, Sogo)
Day 4 - ke Pajak Ikan lagi sebab xshoping habis lagi. kitorang xpergi sangat shoping mall  kat sana. kitorang swapkan dengan Pajak Ikan. Shopping telekung, Baju2 dll
Day 5 - Balik Malaysia
 
 
Hokey lah malas dah nak celoteh panjang2 tengok je la gambar2 aku dan kekawan aku.
 


                                         Sebelum berangkat posing dulu kat Airport KLIA

borak dengan supir pasal pakej kitorang

Tol kt Medan

Kedai makan yang first kitorang makan


Bergambar dulu depan kedai makan dalam perut lapar xsangga ni
tak sabar nak tunggu makanan ye IDa

Peace Azra

makanan dah ada sengeh2 sampai telinga nampak 


heheh aku la tu

Banyak tak makanan kitorang

Ni lah bilik kitorang kat Danau Toba

Bergambar dgn Linda berlatarbelakangkan Bukit bukau Danau Toba


aku

Tiga Dara


Udang ni dah berlumut.kesiannye


Kami
Danau Toba Lake






Berangkat Ke Berastagi



Kampung Tomok

Jualan Pasar pagi

atas bot ke Pualau Samosir


Pulau Samosir tempat kampung Tomok


Pulau Unta kat bawah tu


kepenatan


minum teh halia dulu


Permandangan dekat tempat minum teh


Gunung Sinabung kelihatan berasap kuar
depan hotel Green Garden


Permandangan medan depan hotel Grand Antares


ni model Hotel Grand Antares selesa bangat

tengah tunggu supirnyaa


tempah Bolu gulung Granish Cheese kat sini sedappp murah RM16 je
melangkah masuk ke IStana Maimoon



Tempat Raja duduk ni

kusyuk mendengar cerita alkisahnye


Sultan termuda baru berusi 14 tahun


zaman dulu2 golongan istana try lah baju ni sewa RP10000 je = RM3.00 je







comel tak hahah
dayang-dayang


alat muzik diraja





berangkat pulang



kacang dan air jadilah..berangkat balik Malaysia




Kacang Mahal hihihi
selamat tinggal Medan